STOKIN
Kat Malaysia tak ramai yang pakai stokin tapi kat korea hampir setiap orang pakai stokin, jadi kat sini mamang ada macam macam corak. Mungkin disebabkan oleh cuaca panas dan sejuk. InsyaAllah suatu hari nanti memakai stokin akan menjad trend di Malaysia. Tutup aurat tu wajib :) peringatan untuk diri, kaki pun kena tutup juga.
Semua sekali harga nya 1000won. Sale!
Tiga minggu yang lepas pergi juga kedai ni dan waktu tu pun sale.
Kalau nak dibandingkan dengan tempat lain, stokin kat sini memang murah la. Tempat lain selalunya jual 1500won-8000won. Pandai pandai cari la. Kalau Malaysia ada jual stokin yang comel comel dan murah macam ni, memang semangat nak berstokin.
Stokin Family !!! Akak, Mina, Ibu, Abah, Abang, Kak Cik, 남자 같이 씩씩해. :P
cuma tangkap gambar sebab dulu dah beli 10 pasang, nanti InsyaAllah sebelum balik Malaysia nak singgah lagi, harap harap masih lagi sale.
Stokin yang dibeli dengan kawan 3minggu yang lepas.
1000won tu dalam RM 3 la. tapi anggap je 1000won bersamaan RM 1. Selalunya memang kami tak convert, cuma buang je '000' di belakang tu. Jadi konklusinya, kalau Malaysia nak jual stokin, sila jual dengan harga RM 1. :p
Pakai stokin tak wajib, yang wajib, tutup aurat.